Wednesday 28 May 2014

PERKARA ASAS ELEKTRIK

SISTEM BEKALAN ELEKTRIK

1. Voltan tinggi   -         Voltan bekalan masuk yang diterima dari TNB adalah 33 kilovolt (Kv) atau 11                                                             (Kv)tiga fasa tiga wayer (tiga wayer fasa tanpa neutral), lazimnya melalui kabel bawah                                                 tanah. Bekalan jenis ini biasanya untuk penggunaan elektrik yang besar.

2. Voltan rendah 3 fasa -Voltan bekalan 415V, tiga fasa, 4 wayer (3 wayer fasa dan satu wayer
  neutral), melalui kabel bawah tanah atau talian atas. Selalunya untuk
    pengguna sederhana.

3. Voltan Rendah 1 fasa -Voltan bekalan 240V, satu fasa, 2 wayer ( 1 wayer fasa dan 1 wayer
neutral), lazimnya melalui talian atas walaupun ada yang melalui
  kabel bawah tanah.

TUJUAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK (SERVIS) 

a.     Supaya pemasangan sentiasa dalam keadaan selamat digunakan
b.     Mengurangkan kos penyelenggaraan
c.      Mengurangkan gangguan bekalan
d.     Dapat memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik dan tahan lama
e.      Memenuhi kehendak Peraturan Elektrik 1994

  
PERATURAN ELEKTRIK 1994 (Bahagian IV seksyen 110)

(1)         Sesuatu pemasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan          langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.
(2)         Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki didalam sub-peraturan (1) hendaklah terletak pada pemunya, pengurusan atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan
(3)     Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah diperiksa dan diuji olehorang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap LIMA TAHUN, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Pengarah
(4)  Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan hendaklahdiperiksa, diuji danditentuukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap DUA TAHUN, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Pengarah
(5)    Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang bertindak dibawah kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa pembaikan, penggantian, penservisan atau pembersihkan mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan
(6)       Tiada kerja atau pengendalian dibawah kawalan orang kompeten boleh dimulakan sehingga arahan bertulis telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang dibawah kawalannya


PENDAWAIAN (Penting!!!)
  1. -Semua wayer hendaklah mengikut saiz dan jenis yang dibenarkan.
  2. -Pastikan semua punca elektrik mempunyai wayer bumi (hijau) walaupun alat seperti lampu mentol bulat tidak perlu dibumikan.
  3. -Wayer-wayer hendaklah kemas terikat di dinding atau mana-mana bahagian bangunan. Jika longgar ia hendaklah diikat kembali dengan baik. (Wayer longgar kerap terjadi pada alatan elektrik dan ia mengakibatkan alatan terbakar dan cair)
Pembumian Elektrik (PERLU BACA!!! PENTING !!!)

Pembumian adalah penebat elektrik yang terbaik dan terselamat di muka bumi jika pemasangannya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga iaitu berjulat kurang dari 0.5 Ohm
 (Ohm adalah unit yang diguna bagi mengukur julat pembumian).
Kebanyakan kediaman di julat pembumiannya adalah melebihi 10 Ohm dan ini menyebabkan sistem keselamatannya tidak mampu berfungsi dengan optimum bagi melindungi nyawa dan harta benda dari masalah elektrik. Bagi yang telah mempunyai kesedaran tentang perihal tersebut dinasihatkan untuk membuat pengujian pembumian di kediaman anda.  Kebiasaannya kebanyakan kediaman hanya ditanam dengan 1 atau 2 rod pembumian sahaja yang setiap satunya berukuran 6 kaki dan ini tidak mencukupi bagi mendapatkan bacaan yang tepat. Kebiasaannya kami perlu menanam lebih dari 8 rod iaitu lebih dari 48 kaki ke dalam tanah untuk berjaya mendapatkan bacaan kurang dari 10 Ohm. (Kawasan yang terdapat banyak komputer / alatan elektronik wajib di bawah 0.5 Ohm).
 


Tanam hanya 2 rod (10 atau 12 kaki dalam) pembumian tetapi memperoleh bacaan kurang dari 10 Ohm. 

BAGAIMANA ???


Terdapat satu cara yang kotor bagi mendapatkan bacaan tepat tersebut walaupun hanya dengan menanam 2 rod pembumian.

Begini caranya :

Kontraktor elektrik akan menanam 2 rod pembumian dan di sekeliling rod tersebut akan ditaburkan dengan berkilo gram garam lalu tanah dikambus. Dalam beberapa hari kesan sampingan dari taburan garam tersebut akan menjadikan tanah begitu rendah nilai rintangannya. Dan apabila ujian dijalankan kebiasaannya julat pada meter penguji pembumian akan menunjukkan julat kurang dari 10 Ohm dan pengujian berjaya. Kontraktor ambil duit dan balik manakala pelanggan beranggapan mereka telah benar-benar selamat dari bahaya masalah pembumian elektrik.

Apakah RISIKONYA???

Kebiasaannya selepas 3 bulan apabila kandungan garam tadi telah habis sistem pembumian tadi tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya dan ia berada di dalam keadaan julat bacaan yang tidak diketahui. Pembumian tersebut tidak berfungsi dengan optimum. Apakah akan terjadi jika besi dicampur dengan garam? ia akan berkarat. Berkemungkinan rod pembumian tersebut akan lebih cepat rosak dan semakin kurang fungsinya.
Rod tersebut hanya mampu menahan kebocoran arus ke bumi pada julat yang kecil sahaja. Jika rumah mengalami kebocoran arus elektrik yang besar seperti panahan kilat atau petir yang teramat kuat, rod yang pendek (kebiasaannya pemaju perumahan menanam 5 kaki dalam sahaja. Kami menanam sehingga 60 kaki dalam) tersebut tidak dapat menyerap arus bocor yang terlalu tinggi lalu membalikkan semula arus tadi ke dalam litar elektrik di dalam rumah. Kebiasaannya ELCB / DB Elektrik akan Tripped / jatuh ke bawah, membuatkan rumah menjadi Black Out. Tetapi tahukah anda, jika kejadian tersebut sering berlaku dan berulang-ulang, ELCB akan mudah rosak terutama ELCB Gred C yang rendah kualitinya. ELCB akan mula menjadi kurang sensitif dan kepekaan menjadi lambat. Musibahnya adalah, barangan elektrik akan terbakar dan rosak. Kebiasaannya ia melibatkan barangan elektronik seperti Televisyen, Komputer, Hand Phone dan lain-lain.

Selepas ini akan telah dapat jawapan mengapa Downlight / lampu kalimantang, alatan elektrik di kediaman anda cepat rosak? Kadang-kala terkena renjatan elektrik apabila menyentuh badan (body) peralatan elektrik? Wayar terbakar dan yang paling teruk adalah litar pintas?  ANDA TELAH MEMPEROLEH JAWAPANNYA.

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT !!!

Berikut adalah beberapa fakta berkaitan pembumian elektrik : 

Peraturan Elektrik 1994 Mengenai Pembumian 
  1. Mana-mana penyalut, tudung, gagang, peti cantuman, peti suis, peti fius, bingkai gear suis yang berlogam dan rangka dan tapak logam mana-mana janakuasa, penukar, rectifier dan motor, peti dan teras berlogam bagi mana-mana pengubah (transformer), dan bingkai dan penutup logam bagi mana-mana peti sejuk, dapur memasak dan kelengkapan elektrik lain termasuklah apa-apa perkakas domestik, kecuali yang digolongkan sebagai binaan kelas II, hendaklah dibumikan dengan berkesan. 
  2. Sistem membumi hendaklah disambungkan ke bumi dan   disenggarakan dengan berkesan




Kami telah memperolehi julat 0.6 Ohm. Hanya Juruelektrik yang pakar sahaj mampu mendapatkan julat sebaik itu.


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Ohm?

 Apakah itu Ohm? Ohm adalah unit untuk mengukur tahap rintangan elektrik di sesebuah rumah / bangunan. Semakin tinggi rintangan bermaksud semakin tidak selamat sistem elektrik di sesebuah rumah. Peraturan menetapkan rintangan maksima (tertinggi) untuk sesebuah rumah adalah setinggi 10 Ohm. Mengapa 10 Ohm? Rintangan yg terbaik dan sempurna adalah 0.0 Ohm tetapi julat tersebut amat sukar untuk diperolehi oleh kontraktor elektrik, jadi Suruhanjaya tenaga meletakkan 1 julat maksima iaitu tidak boleh melebihi 10 Ohm. 10 Ohm sama dengan 10/100 atau 10%. Bermakna jika berlaku kilat yang teramat kuat, 90% kilat tersebut akan diserap terus ke dalam tanah yang berfungsi sebagai penebat. Dan 10% dari kilat tadi akan return atau masuk semula ke rumah. Kesimpulannya 10% tidaklah terlalu tinggi dan mungkin tidak mampu merosakkan televisyen, peti ais dan barnagan elektrik di dalam rumah. Kebanyakan rumah sistem pembumian elektriknya adalah melebihi 10 Ohm, berkemungkinan juga melebihi 90 Ohm. Andainya rumah tersebut rintangan elektriknya adalah 90 Ohm, bermakna apabila berlaku kilat yang teramat kuat, hanya 10% sahaja kilat tadi akan diserap ke dalam tanah dan 90% lagi akan return atau masuk ke dalam rumah. Dengan kapasiti kilat sebegitu (90%) ia mampu untuk membuatkan DB Elektrik di rumah rosak lalu kilat yang kuat tadi akan terus menyambar barangan elektrik anda seperti Televisyen, komputer, lampu, kipas dan lain-lain. Kini anda pastinya telah memahami mengapa barangan elektrik di dalam rumah terbakar dan rosak apabila kilat kuat menyambar? Berbalik pada kerja kami di sini, kami telah berjaya mendapatkan julat rintangan yang terendah iaitu 0.6 Ohm. Bermakna, Jika berlaku kilat yang amat kuat, 99.4% kilat tadi akan diserap terus ke dalam Tanah dan hanya 0.6% (tidak sampai 1%) sahaja kilat tadi akan return atau masuk semula ke dalam rumah. 0.6% kilat yang return tadi amat-amat kecil dan tidak berbahaya sedikitpun. Ia juga tidak mampu untuk merosakkan walaupun sebiji lampu. Kini sistem elektrik di rumah pelanggan kami ini lebih selamat dari sebelumnya. INSYAALLAH
SOKET PLUG 13 AMP

Gantikan suis-suis dan soket yang pecah, rosak atau terdapat kesan-kesan terbakar dengan yang baru. Gunakan dari jenis yang bermutu tinggi kerana mutu yang rendah akan membahayakan anda dan harta benda. Jangan lupa mematikan bekalan sebelum memulakan kerja.


Jika anda tidak terlatih dan tidak yakin dapatkan orang yang berkelayakan untuk membuat kerja-kerja tersebut. Sambungan yang salah dan cara ujian yang salah akan membahayakan semua orang.
LAMPU KALIMANTANG / PENDAFLOUR











1.    Lampu pijar adalah sangat mudah senggaraannya, hanya tukarkan mentol jika telah terbakar, walaupun
       begitu jika pemegang mentol sudah pecah atau rosak ia perlulah ditukar kepada yang baru.

2.  Lampu pendaflour mengandungi cok, starter, tiub, kapasitor/kondensor, pemegang tiub dan wayer-
wayer. Komponen yang perlu diganti selalunya ialah cok, starter, tiub dan kapasitor. Lampu jenis ini
mempunyai rangka yang diperbuat dari logam oleh itu ia mesti disambung kepada wayer bumi
pemasangan. Perhatian lebih harus diberi kepada cok disebabkan ia mengeluarkan haba yang banyak dan
boleh menjadi penyebab kebakaran. Terdapat cok yang kurang bermutu dipasaran, elakkan dari
menggunakannya sebab ia mudah terbakar.

3. Cok mempunyai dua punca sambungan dan ia tidak mempunyai kutub, ini bermakna wayer hidup (live) boleh masuk
      dan keluar dari mana-mana punca.

4.    Kapasitor kadang-kadang terjadi litar pintas didalamnya dan dalam kes-kes tertentu ia boleh terbakar
atau meletup. Penggunaan kapasitor hanyalah untuk memperbaiki faktur kuasa dan lampu pendaflour
boleh berfungsi tanpanya.
Kipas Angin

 








  1. 1.Kipas-kipas ini perlu dibumikan, pastikan wayer buminya baik dan ada keterusan. Semua kipas mempunyai gelong didalamnya dan ia menghasilkan banyak haba dan boleh menjadi punca kebakaran
  2. 2.Kipas jenis ini mempunyai kapasitor untuk memulakannya. Jika kipas tidak berpusing sedangkan bekalan ada, selalunya disebabkan kapasitor rosak. Gantikan dengan kapasitor yang baru
  3. 3.Kipas siling yang telah lama (lima tahun keatas) hendaklah diperiksa braketnya, getah bolt dan nut, pin keselamatan, tali keselamatan (safety rope). Selalunya disebabkan geseran terlalu lama bahagian besi tersebutmenjadi haus dan boleh jatuh dan menimpa orang. Kipas yang bergoyang perlu diperiksa selalu sebab ia menjadikan bahagian-bahagian gantungan kipas mudah haus
  4. 4.Bahagian lain ialah alatatur (regulator), ia perlu dibumikan. pendawaiannya adalah satu wayer hidup masuk dan satu wayer keluar pergi ke kipas. Kipas siling tidak memerlukan pengudaraan. Penyelenggaraan biasa ialah mencuci bilah kipas daripada habuk dan sawang. Habuk menjadikan kipas kotor dan berat. Ini memerlukan lebih tenaga untuk menjalankannya
  5. 5.Kipas dinding dan meja memerlukan pengudaraan untuk bahagian dalam motornya. Oleh itu ia perlu dibersihkan dari sawang dan habuk supaya udara dapat bebas melalui bahagian dalam motor untuk menyejukkannya. Semburan atau sedutan angin adalah cara mudah untuk membersihkannya
KEADAAN YANG PATUT DIELAKKAN !!!

  1.               LEBIH BEBAN ( 1 Point soket plug di guna dengan pelbagai alatan elektrik. Cth : ( Extension Wire )

2.               LAMPAU PANAS ( Alatan elaktrik diguna terlampau lama )
3.               PERCIKAN API (SPARKING) ( Penyambungan kabel / wayar longgar. Perlu disevis dan diketatkan )
4.               SAMBUNGAN LONGGAR ( Akan menyababkan sparking, kabel terbakar, kabel putus & litar pintas )
5.               SENTUHAN TIDAK BAIK (BAD CONTACT) ( Pada terminal sambungan telah wujud plug seperti terminal bateri kereta & disebabkan penggunaan alatan yang berkualiti rendah )
6.               PENGALIR DIBAWAH TEGANGAN (UNDER STRAIN) 
7.               LEMBAPAN (MOISTURE) ( Terdapat kebocoran punca air berhampiran pendawaian. Kebiasaannya atap bocor & air bertakung di atas siling )
8.               PEMBUMIAN TIDAK BERKESAN ( Pemeriksaan kabel dan rod pembumian perlu dilakukan setiap kali memasuki rumah baru / rumah yang telah lama )
9.               PENGALIR NEUTRAL LITAR BUKA ( Pemeriksaan perlu dilakukan pada Neutral link box pada meter TNB kediaman ) 
10.         USIA PENGALIR TERLALU LAMA ( Pendawaian berusia lebih dari 20 tahun perlu ditukar dengan pendawaian yang baru )
Kerosakan Biasa yang berlaku di kediaman

1.               LITAR PINTAS
2.               LITAR BUKA
3.               BEBAN LEBIH (KILOWATT)
4.               SUHU LEBIH / TERBAKAR
5.               KEMASUKAN AIR / LEMBAPAN
6.               PANAHAN PETIR
7.               BOCOR KE BUMI
8.               ROSAK KE BUMI
9.               SAMBUNGAN LONGGAR
10.         PERALATAN / KOMPONEN ROSAK
11.         SELALU TERPELANTIK (TRIPPING)
12.         SINGLE PHASING
13.         TURUTAN FASA TERBALIK
MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN DB AUTOMATIK BERKUALITI TINGGI ???

Menukar Baru DB Elektrik berkualiti tinggi


Pelanggan menghadapi masalah ELCB tidak trip / jatuh ke bawah apabila berlaku kerosakan elektrik atau litar pintas. Telah terdapat kabel yang terbakar dan rosak. Salah satu puncanya adalah kerana DB Elektrik (lebih dikenali dengan bahasa kampungnya Automatic) yang digunakan / dipasang oleh kontraktor terdahulu yang berkuality rendah dan bercampur aduk. Kualiti jenis tersebut mudah rosak dan mungkin kurang sensitif dari jenis yang berkualiti tinggi. Setelah ditukar kepada DB Elektrik yang berkualiti tinggi (jenama Hager), DB Elektrik dirumah pelanggan tersebut lebih efektif dan sensitif, lebih selamat dan lebih tahan lama. Tahukah anda kebanyakan DB Elektrik di rumah anda menggunakan jenis yang berkualiti rendah? Tidak percaya? Sila periksa. Tidak tahu atau tidak pasti? Hantarkan gambar DB Elektrik anda ke email saya :Saufi.hadi@gmail.com. Ianya percuma. Jika benar anda juga petut menukarnya sebelum risiko elektrik menyerang anda.

Di bawah adalah gambar selepas dan sebelum penukaran DB Elektrik :

 
  

 

FIUS MASUKAN UTAMA ( CUT OUT )


























Informasi ini adalah amat penting kepada setiap individu dan perlu diambil serius kerana setiap rakyat Malaysia tinggal di

dalam rumah / bangunan kediaman. Saya syorkan kepada anda supaya memeriksa Cut Out yang berada bersebelahan meter

TNB samada ia mematuhi spesifikasi selamat yang telah ditetapkan oleh TNB ataupun tidak. Mungkin cut out anda telah 

dipasang secara bypass dengan cara merentang wayar kasar diantara terminal cut out seperti di dalam gambar. Jika ia 

berlaku kepada anda, anda disyorkan supaya mengambil tindakan pantas membaiki cut out tersebut sebelum ia berisiko 

membahayakan keselamatan nyawa anda dan harta benda. Spesifikasi TNB bagi fius cut out tersebut adalah 63 Amp. Di 

dalam fius tersebut telah dipasang sehelai wayar halus yang mempunyai ketahanan membawa beban elektrik hanya sekuat 

63 Amp. Apabila beban meningkat melebihi 63 Amp wayar halus di dalam fius cut out akan putus kerana lebihan beban 

(overload) telah berlaku justeru telah berjaya menyelamatkan barangan elektrik anda seperti televisyen, peti sejuk, 

komputer, mesin basuh dan lain-lain dari rosak.
Tetapi apabila anda telah meminta Juruelektrik yang tidak kompetan dan tidak berintegriti membaiki fius cut out yang telah 

rosak / putus tadi, mereka tidak menggantikan fius yang telah rosak kepada fius yang baru, tetapi telah membuat bypass 

dengan cara merentang wayar yang tebal / kasar ke terminal cut out. Mengapa ianya BAHAYA ??? Wayar bypass yang 

dipasang tadi mungkin terlalu tebal dan kasar berbanding wayar di dalam fius sebenar yang lebih halus. Wayar sebenar di 

dalam fius telah di ukur tahap ketahanannya di kilang iaitu hanya sekuat 63 Amp sahaja, tetapi wayar bypass yang telah 

dipasang oleh juruelektrik terlalu besar dan tidak dapat dipastikan tahap kekuatan boleh bawa wayar bypass tadi. Mungkin 

juga sekitar 400 Amp. Apa akan terjadi jika overload yang berlaku di rumah anda adalah 120 Amp tetapi wayar bypass tadi 

mempunyai ketahanan 400 Amp ??? Jawapannya adalah, wayar bypass yang tebal dan kasar tadi tidak akan putus dan 

memungkinkan kabel-kabel elektrik di dalam rumah anda tidak dapat menahan haba yang terlalu panas lalu terbakar dan 

barangan elektrik anda juga mungkin akan rosak. Kerosakan dan kebakaran akan lebih berisiko sekiranya DB Elektrik 

Automatik anda juga mengalami kerosakan.
KABEL ELEKTRIK - SPESIFIKASI, JENIS & KUALITI

Ramai diantara pengguna kini, sistem pendawaian elektrik di rumah mereka cepat rosak diantara tepoh kurang dari 10 tahun. Tahukah anda sebenarnya sistem elektrik di rumah mempunyai ketahanan sehingga melebihi 20 tahun? Bagaimana? Dan mengapa ianya cepat rosak diantara tempoh masa 5 hingga 10 tahun?
Antara sebab utamanya adalah pengguna tiada pengetahuan tentang material kabel / wayar yang digunakan oleh juruelektrik / pendawai / kontraktor.. 




Kabel yang baik, pada penebatnya harus BERCETAK ciri-ciri seperti dalam gambar di bawah iaitu :-
Jenama Kabel
Saiz Kabel
Certificate
PVC
SIRIM
Kekuatan Tahan Panas Kabel (450/750V)

Kabel yang mempunyai kualiti yang rendah biasanya pada penebat kabel tersebut TIDAK BERCETAK.
Selepas ini janganlah mudah terpesona dengan harga MURAH yang diberikan oleh Juruelektrik kerana mungkin ada udang disebalik batu.