Tuesday 27 May 2014

PENDAWAIAN BUMI

INFO 1

Alirkan ia ke bumi.
Ini adalah info kpd anda utk mengetahui ilmu pendawaian bumi dan “kebaikan”nya.Kerja-kerja saya adalah memastikan system PABX dipasang dengan sempurna dan dilindungi oleh “pendawaian bumi”agar system ini dilindungi drp renjatan elektrik lebihan atau istilah org kampong “kena Petir”.
Seelok-elok system electronic yg sensitive bacaannya mestilah dibawah 1 ohm.


Setiap Pendawaian Elektrik dimestikan mempunyai pengalir bumi. Pengalir bumi
pada pepasangan lazimnya berpenebat warna hijau. Pengalir bumi ini disambungkan
kebumi melalui elektrod yang ditanam kedalam bumi. Elektrod bumi diperbuat daripada
paip galvami atau rod kuprum yang berukuran kira kira 2 meter panjang x 4mm garis
pusat.

 (Batang besi drp tembaga ditanam sehingga 10kaki dan bergantung kpd bacaan yg diterima)
(Alat ini "mengikat"atau bekas utk meleburkan dan menyatukan tembaga yg telah ditarik drp bilik system dan disatukan dgn batang tembaga,kaedah ini lebih baik drp "skru" cabel bumi dgn batang tembaga.)

Elektrod bumi ini biasanya ditanam disebelah dinding luar rumah berhampiran
dengan kotak agihan dan ditempatkan didalam “earth chamber”.
Bumi dianggap mempunyai keupayaan sifar. Pengalir bumi disambung kebumi
supaya ia mempunyai keupayaan sifar sama seperti bumi. Arus elektrik dianggap
mengalir dari punca yang berkeupayaan tinggi kepada punca yang berkeupayaan
rendah atau sifar.

Takrif pembumian
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi

Pentingnya pembumian
Pembumian bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran apabila arus bocor ke bumi mengalir ke bahagaian-bahagian logam yang boleh membawa arus.

Kelebihan dan kelemahan sistem pembumian

1) Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi.
2) Kelebihan sistem pembumian :
·         Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi.
·         Semua logam yang telah dimasukkan, satu lalauan yang disediakan bagi arus bocor ke bumi dan memutus litar.

Kelemahan sistem pembumian :
·         Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap adalah mahal. Jika kawasan construction kadang-kadang upahnya hampir RM10 ribu.

Sistem Pembumian (Earthing System) adalah salah satu komponen terpenting di dalam sesuatu pepasangan elektrik.
Secara amnya, Sistem Pembumian adalah dimestikan bagi tujuan keselamatan pengguna dari bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik pada bahan pengalir elektrik seperti peralatan elektrik, kabel elektrik, perkakasan pemasangan bangunan berasaskan besi (metal) samada secara sentuhan langsung (direct contact) atau sentuhan secara tak langsung (indirect contact).
Secara teknikalnya pula, Sistem Pembumian adalah dimestikan bagi tujuan pengaliran secara langsung kebocoran arus elektrik yang berlaku terus ke kandungan tanah bumi melalui konsep nyah-cas (discharge).
Secara asasnya, formula asas Hukum Ohm iaitu V = I x R boleh digunapakai bagi memahami keperluan nilai rintangan yang rendah bagi sistem pembumian tersebut.
Contoh :
Katakan suatu peralatan elektrik mempunyai nilai rintangan dalaman sebanyak 1000 Ohm dan beroperasi pada kadaran 240V mengalami kerosakan kebocoran arus ke bumi.
Nilai arus bocor ialah 240/100 = 2.4 Amp.
Katakan pula nilai rintangan sistem pembumian ialah sebanyak 50 Ohm, maka nilai Voltan yang akan dihasilkan pada laluan ke bumi ialah 2.4 x 50 = 120V.
Rumusannya ialah semakin tinggi nilai rintangan pada sistem pembumian maka semakin tinggi nilai voltan yang dihasilkan oleh arus bocor yang akan mengakibat kesan dan risiko bahaya renjatan pada manusia (sekiranya berlaku sentuhan) menjadi semakin tinggi.
Voltan lampau tinggi (over voltage) disebabkan nilai rintangan pembumian yang tinggi juga akan mengakibat kerosakan pada peralatan dan litar elektrik itu sendiri.
Selain dari itu, perlu juga difahami antara tujuan lain kepentingan sistem pembumian ialah bagi mewujudkan ‘electric potential’ pada 0 Volt di mana sekiranya berlaku sentuhan secara langsung atau tidak langsung oleh manusia pada arus bocor tersebut secara selari (parallel) maka tiada renjatan elektrik yang akan berlaku kerana nilai voltan pembumian selari adalah sifar (0V).
Gambarajah - Renjatan Elektrik Sentuhan Langsung
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada sebab, contoh dan rumusan di atas serta kes-kes kemalangan renjatan elektrik yang berlaku maka tidak dapat dinafikan bahawa nilai rintangan sistem pembumian yang rendah adalah sangat penting dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua yang terlibat dengan rekabentuk dan pepasangan elektrik memastikan ianya dipatuhi.
Untuk makluman, nilai bacaan maksima rintangan pembumian bagi pepasangan elektrik (jenis domestik) yang dibenarkan ialah 5 Ohm. Walaubagaimanapun, memandangkan trend penggunaan peralatan elektrik berasaskan elektronik seperti komputer, televisyen, dsb yang sensitif, maka nilai bacaan rintangan pembumian perlu serendah kurang dari 1 Ohm.






 

No comments:

Post a Comment