PENDAWAIAN SELONGSONG PVK, PEMBULUH, SESALUR PVK
PENERANGAN
Sistem pendawaian
selongsong PVK digunakan pada permukaan dinding rumah yang telah siap.
Ianya bersaiz kecil dan nipis. Pendawaian jenis ini hanya dapat menampung kabel
yang terhad.Pendawaian jenis ini mempunyai persamaan dengan pendawaian
permukaan. Perbezaannya hanya kabel disalurkan menggunakan selongsong
PVK. Kerja pendawaian ini dilakukan dengan memasang selongsong PVK di
permukaan dinding terlebih dahulu.Kabel-kabel akan dimasukkan ke dalam
selongsong secara beransur-ansur, setelah siap barulah ditutup dengan
penutup selongsong. Berikut adalah senarai saiz selongsong PVK dan
kegunaannya.
Jadual 1 : Saiz dan kegunaan selongsong PVK
Gambar 1: Pendawaian selongsong PVK
Sistem pendawaian pembuluh PVK pula digunakan di tempat yang terdapat
bahaya kerosakan mekanikal yang minima. Sistem ini boleh dipasang di
permukaan atau tersembunyi.
Sistem pendawaian sesalur PVK mampu menampung kabel yang banyak. Ianya
sesuai digunakan kerana lebih selamat dan apabila ianya dipasang di
dalam sesebuah bangunan, ia biasanya dipasang bergabung dengan sistem
pendawaian lain.
Kebaikan
- Kemas dan cantik
- Selamat, tidak terdedah pada kerosakan mekanikal bahan kimia dan haba
Kelemahan
- Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan.
- Punca kerosakan sukar dikesan
Langkah-langkah membuat pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur PVK berdasarkan Rajah Bentangan dan Rajah Pendawaian:
- Lukis rajah bentangan dan rajah pendawaian pada kertas A4.
- Senaraikan bahan dan peralatan tangan yang hendak digunakan.
- Sediakan bahan dan peralatan tangan.
- Ambil ukuran dan potong selongsong, pembuluh dan sesalur mengikut rajah bentangan.
- Pasang alat tambah pada pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur.
- Buat pendawaian mengikut gambarajah pendawaian.
- Buat tamatan kabel
- Uji kefungsian litar.
Peralatan tangan dan kegunaanya
Jadual: Alatangan
Alat Tambah Pendawaian
Jadual: Alatambah
Peraturan elektrik dan keselamatan dalam pendawaian selongsong PVK.
- Rancang laluan selongsong terlebih dahulu.
- Pendawaian selongsong hendaklah dipasang ditempat yang tidak dimasuki air seperti: (Air hujan, Wap atau air memeluwap, Air terkumpul dan Air yang menitis).
- Pastikan setiap sambungan kabel pada setiap alur keluar pada selongsong mestilah baik dari aspek mekanikal dan elektrikal.
- Pastikan selongsong yang dipasang pada struktur rintangan api seperti lantai atau dinding tahan kebakaran mestilah ditutup rapi.
- Hujung selongsong yang dipotong hendaklah diratakan atau dikemaskan bagi mengelakkan kecederaan kabel.
- Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam selongsong PVK hendaklah mempunyai faktor ruang yang tidak melebihi 45%.
Memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan pemeriksaan visual.
- Pemeriksaan visual ialah pemerhatian melalui deria mata, sentuhan dan pendengaran. Biasanya ia dilakukan di peringkat awal selepas kerja-kerja pemasangan siap. Antara perkara yang diperhatikan:
- Laluan kabel yang betul dan sempurna.
- Jenis kod warna dan saiz kabel yang betul.
- Alat yang betul bagi tujuan pengasingan atau penyuisan litar.
- Mengguna kadaran alat perlindungan yang betul.
- Semua tamatan kabel ditandakan.
- Notis merbahaya dan amaran dipasang pada bahagian tertentu.
- Semua rajah dan arahan boleh dilihat dengan jelas.
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI
Pemasangan Pendawaian Tersembunyi
Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara permukaan atau
tersembunyi. Pendawaian tersembunyi biasanya dilakukan ketika
kaperingkat pembinaanpbangunan. Dalam sistem ini, kabel atau pembuluh
dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung,
kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal
aksesori-aksesori. Dimana kita boleh tengok sistem ini? Contoh paling
mudah ialah di rumah kita sendiri (rumah batu). Kita boleh nampak kotak
soket, kotak suis, lampu dan juga kipas dekat dinding atau siling,
tetapi kita tak nampak sebarang kabel diluar dinding dan siling. Inilah
dinamakan sistem pendawaian tersembunyi untuk tujuan kekemasan dan
memberi perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih lama
Jenis Pendawaian Tersembunyi
Pendawaian Tersembunyi menggunakan pembuluh
Pendawaian Tersembunyi menggunakan kabel bertebat
Kaedah pemasangan kabel
- Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang dibangunkan atau bangunan sudah siap. Jika bangunan itu telah siap, proses memecah dinding konkrit untuk menebuk alur hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut serta ketebalan kabel yang hendak ditanam
- Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan, kondiut atau kabel hendaklah diletakkan sebelum dinding di lepa (plaster). Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian dilakukan.
- Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai. Bahagian yang ditanda itu kemudiannya akan dipotong dengan menggunakan mesin pencanai dan dibuang atau dipecahkan dengan menggunakan tukul dan pahat
- Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 25mm kedalamannya ialah 40mm dan bagi kondiut berukuran 19mm kedalaman lurah dinding ialah 30mm.
- Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel biasanya berukuran antara 12mm hingga 20mm juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.
- Kabel boleh dibentangkan terus pada lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak terkeluar daripada laluannya ketika kerja-kerja melepa dilakukan.
- Ketika menebuk lurah, elakkan membina laluan kabel di tempat-tempat berikut untuk mengelakkan kerosakan kabel:
a) Ruang untuk menggantung gambar, jam dan hiasan rumah
b) Di atas bahagian tingkap dan pintu
c) Tiang sokongan
Pendawaian Tersembunyi yang telah siap dipasang
Kebaikan pendawaian tersembunyi:
- Pendawaian jenis ini lebih kemas / cantik.
- Selamat kerana tidak terdedah kepada kerosakan mekanikal, bahan kimia dan haba.
- Tahan lama
Kelemahan pendawaian jenis ini:
- Apabila ada kerosakan sukar untuk diperbaiki
- Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel
- Punca kerosakan sukar dikesan
- Kebarangkalian terkena paku akibat ketukan pengguna.
Ciri-ciri pemilihan sistem tersembunyi
- Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa;
- Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen;
- Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik;
- Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan;
- Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak;
- Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama;
- Kadar kuasa beban yang dipasang kecil
Jenis-Jenis Kabel
Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem
permukaan bergantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal
yang dibuat:
- Pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh : kabel PVK
- Pendawaian tersembunyi tanpa pembuluh : kabel PVK/PVK
Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Tersembunyi
Rajah di bawah menunjukkan gambar foto
langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi yang
akan membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian tersembunyi
nanti.
Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi
Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Tersembunyi
Bagi memastikan penghasilan kerja-kerja pendawaian yang baik, kemas dan selamat,amalan-amalan kerja berikut mestilah dilakukan:
- Semua kabel pemasangan hendaklah dicengkam dengan timah seberapa tegang yang boleh
- Sambungan kabel hanya boleh dilakukan di tamatan alat tambah.
- Laluan pemasangan kabel mestilah dirancangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan litar daripada bertindih.
- Punca-punca bagi kabel hidup, neutral dan suis mestilah ditandakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pemasangan kabel dijalankan.
- Semua pemasangan kabel atau alat tambah mestilah mengikut peraturan IEE/STM yang telah ditetapkan.
Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat Pendawaian Tersembunyi
Semasa melakukan kerja pendawaian, peralatan asas yang diperlukan adalah
sama bagi semua jenis pendawaian seperti pemotong kabel, playar, tukul,
pemutar skru dan pena penguji. Walaupun begitu terdapat peralatan
khusus yang diperlukan bergantung kepada jenis pendawaian yang hendak
dilakukan. Dalam kerja pendawaian tersembunyi ini peralatan yang anda
gunakan perlulah dalam keadaan yang baik dan boleh berfungis sepenuhnya.
Bagi mesin dan peralatan elektrik yang digunakan perlulah dipastikan
peralatan tersebut menepati spesifikasi keselamatan yang diperlukan bagi
mengelakkan sebarangan kemalangan yang berpunca dari penggunaan
peralatan yang tidak menepati piawai.
Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda gunakan
mestilah disusun dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan
5S. Begitu juga juga baki bahan yang digunakan seperti kabel, dan klip
timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga
kebersihan.
Rajah di bawah menunjukkan peralatan dan kegunaan peralatan untuk
membuat lurah bagi laluan kabel dalam melakukan pendawaian tersembunyi.
Peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah
Teknik Melepa Alur Pendawaian Tersembunyi
Setelah lurah laluan kabel disediakan, anda perlu masukkan kabel atau
paip dalam lurah tersebut bergantung kepada kaedah yang hendak anda
gunakan. Setelah itu anda perlu menutup kabel dan lurah tersebut dengan
menggunakan mortar. Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang
dibuat dengan menggunakan lepaan mortar. Dalam melaksanakan kerja melepa
alur pendawaian tersembunyi, pengetahuan dan ketelitian semasa
membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja
yang diperlukan.
Lepaan simen terdiri daripada campuran simen pasir dan air bagi
menghasilkan mortar. Nisbah bancuhan antara simen dan pasir yang
digunakan adalah 1: 3, iaitu nisbah 1 untuk simen dan nisbah 3 untuk
pasir.
Peralatan dan kegunaannya bagi kerja melepa lurah laluan kabel
Pengujian Pendawaian
Setiap pendawaian yang telah siap perlu dilakukan pengujian bagi
memastikan semua pemasangan litar adalah dalam keadaan baik dan selamat
untuk digunakan. Pengujian yang perlu dilakukan adalah:
- Ujian keterusan
- Ujian rintangan penebatan
- Ujian kekutuban
- Ujian rintangan elektrod bumi
- Ujian peranti arus baki
Ujian Keterusan
Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama
- Ujian keterusan pengalir pelindung
- Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
- Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral
Semua pengujian yang dinyatakan di atas perlu dilakukan pada semua
pendawaian yang telah siap melainkan ujian keterusan pengalir litar
gelang. Ujian ini hanya perlu dilakukan pada pada litar soket alir
keluar litar gelang sahaja.
Ujian Keterusan Pengalir Litar Gelang
Ujian ini dilakukan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai
keterusan disepanjang litar gelang..Alat pengujian yang digunakan ialah –
Meter Pelbagai (Julat Ohm) atau Meter Ohm. Kaedah Ujian Keterusan
pengalir litar gelang dilakukan seperti berikut:
- Tanggalkan kedua-dua punca pengalir hidup dari PLM , pengalir neutral dari terminal neutral dan pengalir bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.
- Sambungkan prob penguji seperti rajah xxx ( contoh yang diberi antara punca E-E).
- Ulang tatacara bagi punca (L-L) dan (N-N).
- Nilai bacaan meter bagi keterusan yang baik hendaklah kurang daripada 1 ohm.
Kaedah pengujian keterusan pengalir litar gelang
PENDAWAIAN PERMUKAAN
1. Pemasangan Pendawaian Permukaan.
Pemasangan pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit. Pemasangan permukaan pendawaian tidak sesuai pada permukaan yang terdiri daripada bahan jenis logam. Sekiranya pendawaian permukaan dibuat pada bangunan batu atau simen, manakala kabel akan diklipkan atas satu bilah papan yang telah dipasang pada dinding atau siling bangunan tersebut.
Rajah 1: Gambar Foto Pendawaian Permukaan
Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK/PVK). Kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal. Sistem pendawaian ini sesuai di tempat yang mana suhu disekelilingnya tidak melebihi 65 ÂșC.
2 Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan.
Sebelum kita mengetahui lebih mendalam tentang langkah-langkah membuat pendawaian, berikut ialah langkah-langkah asas membuat pendawaian permukaan bagi membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian permukaan nanti. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan;
- Melakar litar pendawaian berdasar litar skematik yang dibekalkan.
- Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar skematik.
- Mengira panjang kabel berdasarkan lakaran litar pendawaian dan litar skematik.
- Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE.
- Membuat pengujian visual.
- Membuat pengujian kekutuban, keterusan dan penebatan pada litar mati.
- Membuat pengujian litar hidup di bawah pengawasan guru.
Rajah 2: Proses mendawai Pendawaian
Permukaan
2.1. Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan
Antara pekara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan menjaga standard pendawaian adalah seperti berikut :
- Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang menembusi dinding
- Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian. jumlah kabel yang banyak boleh mengurangkancengkaman pencengkam.
- Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebatdi antara laluan kabel itu.
- Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.
- Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.
- Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.
Untuk membantu anda memulakan pendawaian permukaan anda perlu mengenalpasti Litar Skematik dan lakaran Litar Pendawaian. Litar skematik digunakan sebagai panduan untuk melakar litar panduan, ia merupakan gambaran ringkas tentang pendawaian yang akan dilakukan termasuk aksesori saiz kabel dan saiz fius yang akan digunakan. Lakaran gambarajah pendawaian digunakan sebagai panduan semasa melakukan pendawai. Rajah 3 adalah Litar Skematik dan Rajah 4 adalah Litar Pendawaian.
Rajah 3: Litar Skematik dua Suis Dua Hala kawal satu Lampu
Rajah 4: Gambarajah Pendawaian
4. Peralatan dan bahan yang diperlukanUntuk melakukan sesuatu anda perlu mangetahui peralatan dan bahan diperlukan mengikut jenis pendawai yang hendak dilaksanakan. Oleh kerana jenis pendawai yang hendak dilakukan adalah jenis pendawaian permukaan anda perlu tahu peralatan dan bahan yang diperlukan dalam pendawaian tersebut. Berikut adalah senarai peralatan dan bahan yang diperlukan, sila rujuk pada Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah. Ada juga peralatan lain digunakan untuk membuat pendawaian bagi tujuan memudahkan kerja pendawaian. Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda digunakan mestilah disusun dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga bahan baki bahan yang digunakan seperti kabel, paku dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga kebersihan.
Peralatan
|
Kegunaan
|
Pemotong Kabel
|
Memotong kabel dan membuang penebat
pada kabel
|
Playar
|
Digunakan bersama-sama Pemotong
Kabel bagi membuang penebat pada kabel
|
Penukul
|
Memaku paku pada klip timah semasa
membuat pendawaian
|
Pembentuk Klip Pendawaian
|
Alat untuk membentuk klip timah
sebelum dipaku pada dinding.
|
Pita ukur
|
Mengukur panjang kabel dan jarak
pendawaian
|
Skru Driver
|
Mengetat skru ketika membuat tamatan
dan memasang aksesori
|
Pena penguji
|
Menguji pendawaian ketika litar
hidup
|
Multimeter penguji
|
Menguji keterusan dan penebatan
setelah pendawaian telah siap
|
Jadual 2: Bahan untuk medawai
Pendawaian Permukaan
5. Kaedah Mengira Panjang Kabel
Untuk mengelak pembaziran dan menjimatkan kos anda perlu mengenal pasti panjang kabel yang diperlukan ketika membuat pendawaian tersebut. Sebelum mengira panjang kabel anda perlulah menentukan jenis kabel yang akan digunakan dahulu iaitu Hidup, Neutral dan Bumi. Semasa hendak menentukan kabel tersebut anda perlu melakar litar pendawaian dahulu dengan merujuk kepada litar skematik yang akan dibekalkan. Litar skematik juga boleh digunakan sebagai panduan untuk mengira panjang kabel-kabel tersebut. Ingat! Anda juga mengenalpasti bilang tamatan kabel pada setiap aksesori. Setiap tamatan kabel ditambah sebanyak 50mm bagi memudahkan kerja pendawaian. Bagi saiz kabel pula anda perlulah merujuk sama ada litar lampu atau litar kuasa. Oleh kerana litar yang hendak dilakukan pendawaian ialah litar lampu, maka saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm². Jadual 3 di bawah merupakan kaedah mengira panjang tiap-tiap kabel.
Kabel
|
Panjang
|
Panjang sebenar
|
Hidup
|
(1 x 100) + (1 x 200) +
(1 x 150) 100 + 200 150 = 450mm
|
450mm + 1 tamatan = 450 +
50 = 500mm
|
Neutral
|
(1 x 100) + (3 x 200) +
(2 x 200) + (2 x 200) + (3 x 200) + (1 x 200) + (1 x 150) = 100 + 600 + 400 +
400 + 600 + 150 = 2150mm
|
2150 + 7 tamatan = 2150 +
(7 x 50) = 2150 + 350 = 2500mm
|
Bumi
|
(1 x 100) + (1 x 200) +
(1 x 150) 100 + 200 150 = 450mm
|
450mm + 1 tamatan = 450 +
50 = 500mm
|
Jadual 3: Pengiraan Panjang Kabel
6. Pemasangan Selamat dan Kelihatan Kemas.
Sekiranya pemasangan yang dilakukan mengikut peraturan sudah pasti pemasangan selamat dan kemas. Peraturan yang dimaksudkan ialah Peraturan IEE, peraturan ini digunakan untuk kerja-kerja pemasangan elektrik. Berikut, iaitu Jadual 4 merupakan Peraturan IEE bagi jarak maksimum antara klip pada pendawaian.
Jarak maksimum bagi klip
|
||||||||
Garis
pusat
|
Kabel getah tanpa perisai pvk
atau plumbum –
bersalut
|
Kabel beperisai
|
Kabel penebat mineral salut kuprum atau
salut aluminium
|
|||||
Keseluruhan
|
umum
|
Dalam
kawalan
|
||||||
Kabel
1
|
Mendatar
2
|
Memugak
3
|
Mendatar
4
|
Memugak
5
|
Mendatar
6
|
Memugak
7
|
Mendatar
8
|
Memugak
9
|
Mm
9
9
15
15 20
20 40
|
Mm
250
300
350
400
|
Mm
400
400
450
550
|
Mm
150
|
Mm
250
|
Mm
350
400
450
|
Mm
450
550
600
|
Mm
600
900
500
|
Mm
800
1200
2000
|
Jadual 4: Peraturan IEE (Jadual 11A)
Rajah 5: Kaedah pemasangan kabel mengikut peraturan IEE
Rajah 6: Kedudukan Klip yang betul dan kemas
Rajah 6: Kedudukan Klip yang betul dan kemas
6.1 kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?
Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil
kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan
berlogam adalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam tiga
pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil
kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai
badan berlogam tidak perlu membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh
menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut
direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk
mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah menjadi asas dalam
keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yang terjadi tidak
mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap
kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatan
yang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap
kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah diuji untuk
memenuhi keperluan standard-standard keselamatan yang telah ditetapkan.
7. Peraturan IEE membuat tamatan kabel pada alat tambah.
Berikut merupakan beberapa peraturan untuk melakukan tamatan kabel terhadap alat tamabah
Menurut Peraturan IEE, “pemasangan, tambahan atau perubahan bagi suatu pemasangan yang telah siap hendaklah diperiksa dan diuji bagi memastikan peraturan dan keperluan-keperluan tertentu dipatuhi (413-20)”. Ini bermaksud ialah untuk memastikan pemasangan tersebut benar-benar selamat dan memenuhi kehendak peraturan-peraturan pemasangan.
Setelah pendawaian siap dilakukan langkah pertama yang anda perlu dijalankan ialah dengan melakukan pengujian secara visual (penglihatan mata kasar). Berdasarkan peraturan IEE pemeriksaan secara mata kasar perlulah memastikan perlatan elektrik yang dipasang itu dalam keadaan betul. Iaitu;
Berikut merupakan beberapa peraturan untuk melakukan tamatan kabel terhadap alat tamabah
- Ikatan mestilah kuat. Jika longgar boleh menyebabkan spark yang akan mengakibatkankebakaran.
- Semasa ikatan jangan masukkan kabel terlampau ke dalam sehingga ikatan skru berlaku penebat.
- Jangan biarkan pengalir pada kabel terdedah, pastikan panjangnya betul-betul sepada dengan ikatan.
- Pastikan ada kabel bumi
- Mengikut peraturan IEE, setiap badan (rangka) logam perlu dibumikan
- Lebihkan 12 inci pada kotak agihan
- Lebihkan 4 inci pada soket
Menurut Peraturan IEE, “pemasangan, tambahan atau perubahan bagi suatu pemasangan yang telah siap hendaklah diperiksa dan diuji bagi memastikan peraturan dan keperluan-keperluan tertentu dipatuhi (413-20)”. Ini bermaksud ialah untuk memastikan pemasangan tersebut benar-benar selamat dan memenuhi kehendak peraturan-peraturan pemasangan.
Setelah pendawaian siap dilakukan langkah pertama yang anda perlu dijalankan ialah dengan melakukan pengujian secara visual (penglihatan mata kasar). Berdasarkan peraturan IEE pemeriksaan secara mata kasar perlulah memastikan perlatan elektrik yang dipasang itu dalam keadaan betul. Iaitu;
- Lengkap dan memenuhi kehendak piawaian British (ini dapat dipastikan melalui cop atau sijil yang dikeluarkan oleh pembuat alat-alat itu).
- Pemilhan yang betul dan dipasang di tempat dan cara yang betul mengikut kehendak Peraturan IEE.
- Tidak kelihatan tanda-tanda akan rosak atau pecah, dengan itu ia sentiasa selamat digunakan
- Sambungan pengalir.
- Pengenal tugas pengalir
- Pemilihan pengalir berdasarkan keupayaan membawa arus dan susutan voltan
- Sambungan peranti satu kutub sebagai pelindung atau suis yang berada di pemasangan pengalir hidup.
8.1. Ujian Keterusan
Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama
“Menurut Peraturan IEE alat-alat pengujian mestilah sentiasa diperiksa dan diselaraskan mana-mana pelu bagi mendapatkan bacaan tepat. Nombor siri alat-alat ujian yang digunakan mestilah dicatat bersama-sama dengan keputusan ujian. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan pengujian semula jika bacaan salah satu peralatan ujian tidak tepat.”
8.2. Ujian Rintangan Penebatan
Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada bekalan. Ia dibuat untuk memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara pengalir-pengalir bertebat dan juga supaya tidak ada berlaku bocoran ke bumi. Semasa ujian rintangan penebatan dilakukan voltan yang digunakan hendaklah merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang daripada dua kali voltan arus terus normal atau dalam kes voltan arus ulang-alik ia tidak kurang dua kali voltan normal. Oleh itu penguji rintangan penebatan 500 volt adalah cukup untuk tujuan umum. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut
Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan. Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut
9. Peraturan IEE AksesoriTerdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama
- Ujian keterusan pengalir pelindung
- Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
- Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral
“Menurut Peraturan IEE alat-alat pengujian mestilah sentiasa diperiksa dan diselaraskan mana-mana pelu bagi mendapatkan bacaan tepat. Nombor siri alat-alat ujian yang digunakan mestilah dicatat bersama-sama dengan keputusan ujian. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan pengujian semula jika bacaan salah satu peralatan ujian tidak tepat.”
8.2. Ujian Rintangan Penebatan
Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada bekalan. Ia dibuat untuk memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara pengalir-pengalir bertebat dan juga supaya tidak ada berlaku bocoran ke bumi. Semasa ujian rintangan penebatan dilakukan voltan yang digunakan hendaklah merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang daripada dua kali voltan arus terus normal atau dalam kes voltan arus ulang-alik ia tidak kurang dua kali voltan normal. Oleh itu penguji rintangan penebatan 500 volt adalah cukup untuk tujuan umum. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut
- Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
- Semua beban hendaklah ditanggalkan
- Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
- Jalankan ujian
- Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm
Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan. Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut
- Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
- Semua beban hendaklah ditanggalkan
- Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
- Jalankan ujian
- Menguji suis pada alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa
- Menguji punca sambungan soket keluaran
- Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru
- Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm
Aksesori pendawaian permukaan juga mempunyai Peraturan IEE. Berikut ialah Peraturan IEE bagi aksesori tersebut;
9.1. Peraturan IEE bagi pemegang lampu
- Pemegang lampu berfilamen hanya digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan tidak melebihi 250 volt.
- Semua jenis pemegang lampu pangkal kilas yang digunakan di tempat lembab atau boleh dicapai semasa berdiri dari atas logam hendaklah di bumikan; dibekalkan atau di dalam pemegang lampu itu, atau diliputi dengan penebat sepenuhnya
- Pemegang lampu pangkal kilas jenis acuan penebat mestilah daripada jenis tahan panas (perintang haba) apabila digunakan pada suhu lebih daripada 135°C.
- Pemegang lampu yang mempunyai sentuhan luar atau berskru, punca sentuhan luar itu hendaklah disambungkan ke punca neutral.
- Pemegang lampu tidak boleh dipasang pada litar yang mempunyai lebihan arus dengan kadaran yang lebih daripada yang ditetapkan dalam jadual 55B.
- Pemegang lampu jenis pendant mestilah mengadakan cengkaman atau sebarang cara pelepasan ketegangan bagi kord boleh lentur.
Rajah 7: Jenis-jenis Pemegang Lampu
Jenis pemegang lampu |
Kadaran
maksimum alat perlindungan arus lebihan yang melindungi litar
|
Pangkal
kilas B 15
Pangkal
kilas B 22
Skru
Edison B 14
Skru
Edison B 27
Skru
Edison B 14
|
6 amp
16 amp
6 amp
16 amp
16 amp
|
Jadual 5: Peraturan IEE ( Jadual 55B )- Perlindungan arus lebihan bagi pemegang lampu
8.2. Peraturan IEE bagi ros siling
- Tidak dibenarkan untuk kegunaan di pemasangan yang lebih daripada 250 V
- Tidak boleh dipasang bersama-sama lebih dari satu keluaran kord kabel boleh lentur kecuali ia dibuat khas bagi berbilang keluaran .
- Punca bumi ros siling mestilah disambungkan kepada pengalir perlindungan litar pada setiap litar akhir
Rajah 8: Ros Siling
8.3 Peraturan IEE Suis
- Setiap suis satu kutub mestilah disambung kepada dawai hidup.
- Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan.
- Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah diasingkan daripada peralatan tersebut.
- Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh pengguna
- Arus nominal bagi setiap suis yang mengawal litar lampu discas mestilah tidak boleh kurang daripada dua kali ganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam litar
- Sekiranya suis tersebut digunakan untuk mengawal lampu filamen dan
discas , arus nominalnya mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah
arus lampu filamen dan dua kali ganda jumlah arus tetap bagi lampu
discas.
Salam perkenalkan dari kami cameron highlands wiring, blog ni banyak membantu kepada mereka yg baru belajar
ReplyDeleteSalam tnya skit..blkkh earthing chamber diletakkn dekat beranda(dkat dgn db)apa ksan jika berlaku kilat dan ada orang berada berdekatan dgn chamber earthing td...
ReplyDeletepanduan yg amat berguna dan mudah difahami
ReplyDeleteterima kasih banyak kerana membenarkan
Sy bru tambah 1 mcb 20amp utk pasang plug.. Sy guna wayar 2.5mm yg selalu org buat utk xtantion wayar.. Melalui wayar tersebut sy trus tarik ke DB.setelah sy psang mcb yg sy bli (20amp)utk plug bru.. Masalahnya.. Sy ada 1xtantion wayar 2.5mm..bila sy pasang pd plug yg bru sy buat, tiba2 trip..pada hal mcb tu sy cuma guna utk ug yg sy buat tu jer.. Knapa bh trip.. Sy ada cuba xtantion wayar yg size nya kecil sedikit dri 2.5mm tu... Ok jer.. Blh tunjuk ajar x?
ReplyDelete